Batuk berdarah sebulan, Abby Abadi masuk hospital

Sinar Harian
Jun 28, 2018 12:27 MYT
Abby merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya yang menghantarnya ke hospital dan meminta peminat dan pengikutnya di Instagram mendoakan kesejahteraannya. - Foto Instagram Abby Abadi
PELAKON Abby Abadi telah dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu setelah mengalami batuk berdarah, demam, darah tinggi dan cirit birit selama sebulan.
Berita tersebut dikongsikan bekas anggota kumpulan Elite itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik gambarnya di katil hospital.
“ALLAH bagi rehat sekejap. ALLAH izinkan check in hospital setelah sebulan batuk berkahak/darah, demam on off, darah tinggi dan cirit birit lagi.
“Mula-mula ingat boleh baik sendiri, makan ubat batuk dah dua botol dah. Tak hilang-hilang juga batuk ni. Lepas tu datang pulak penyakit lain lagi,” kongsinya.
Dalam pada itu, Abby juga merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya yang menghantarnya ke hospital, selain meminta agar para peminat dan pengikutnya di Instagram mendoakan kesejahteraan kesihatan buatnya.
“Terima kasih suami berjaya bawa saya masuk wad. Kerja elok-elok ya. Lebiuuu.
“Doakan ya sahabat agar saya dapat jaga diri, jaga badan, jaga makan lepas ni. Degil yebby yabadi ni."
Menurut Abby lagi, berat badannya juga telah turun 1kg disebabkan keadaan kesihatannya itu.
Sementara itu, bekas suami Abby, pelakon Norman hakim dan isterinya, Memey dilihat turut hadir menziarahi Abby di hospital.
#Abby Abadi #batuk berdarah #Hospital #Instagram #kesihatan #peminat
;