The Batman kini boleh distrim di HBO GO

Astro Awani
April 18, 2022 14:45 MYT
Setakat ini ia merupakan filem yang mencapai kutipan tertinggi untuk tahun ini dengan USD751 juta berbanding kos pembikinan sebanyak AS$185 hingga 200 juta. - Gambar wikipedia
FILEM The Batman yang dihasilkan berdasarkan watak popular komik DC kini boleh ditonton secara strim di HBO GO.
Filem adiwira itu diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures, DC Films, 6th & Idaho, and Dylan Clark Productions dan diedarkan oleh Warner Bros Pictures.
Ia diarahkan oleh Matt Reeves dan dibintangi olej Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne di samping Zoe Kravitz, Paul Dano, Jeffrey Wright, Colin Farrell dan ramai lagi.
Filem ini menyaksikan Batman, yang telah memerangi jenayah di Kota Gotham selama dua tahun, membongkar rasuah ketika memburu Riddler, pembunuh bersiri yang menyasarkan golongan elit Gotham.
The Batman mula ditayangkan di Lincoln Center di New York pada 1 Mac tahun ini sebelum mula memasuki pawagam di seluruh dunia pada 4 Mac.
Ia telah ditangguhkan dua kali daripada tarikh tayangan awal Jun 2021 disebabkan oleh wabak COVID-19.
Setakat ini ia merupakan filem yang mencapai kutipan tertinggi untuk tahun ini dengan AS$751 juta berbanding kos pembikinan sebanyak AS$185 hingga AS$200 juta.
#The Batman #DC Comic #Gotham City #Warnes Bros Picture #Bruce Wayne #robert pattinson