Baru seminggu umum, album baharu BTS sudah terima 3.42 juta tempahan
Agensi
Januari 16, 2020 09:21 MYT
Januari 16, 2020 09:21 MYT
MUSIM BTS kembali lagi!
Seminggu selepas pelancaran album baharu berjudul Map Of The Soul: 7, kumpulan fenomena K-pop, BTS telah menerima sebanyak 3.42 juta pratempahan.
Menurut syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertainment, album tersebut laris dijual pada minggu pertama tempahan dibuka.
Pada masa sama, ia telah memecah rekod baharu sebelum dilancarkan pada 21 Februari ini.
Sebelum ini, album berjudul Map Of The Soul: Persona telah menerima sebanyak 2.68 juta pra tempahan dalam tempoh lima hari pertama.
Kumpulan septet ini dijangka menjana nilai ekonomi 41.8 trilion won (kira-kira RM202 bilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang jika mereka mengekalkan populariti mereka.