'Baru saja saya duduk mengadap mak' - Ibu Abby Abadi meninggal dunia, pengsan ketika rawatan dialisis
Gempak
Oktober 29, 2022 17:14 MYT
Oktober 29, 2022 17:14 MYT
IBU kepada pelakon Abby Abadi, Hasnah Abu menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, dipercayai pengsan selepas menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Berita duka itu dikongsikan sendiri Abby menerusi hantaran di media sosialnya.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, Allahyarham menghidap sakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis.
"Baru semalam (Rabu) saya duduk mengadap mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran mak, teman mak makan, temankan solat, teman berbual ... hari ini (Khamis) mak dah tiada."
"Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak saya dan mohon doa kalian agar mak saya ditempatkan di syurga terbaik di sisi-Nya," kongsi Abby.
Jenazah Allahyarham ibunya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Lembah Keramat, di ibu negara, selepas Zuhur pada Khamis.
Dalam hantaran di media sosialnya pada Khamis, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu memudahkan urusan arwah ibunya sepanjang hayat.