Baru sahaja bergelar bapa, adik lelaki Yana Samsudin meninggal dunia
Asyraf Roslan
Mac 3, 2020 00:11 MYT
Mac 3, 2020 00:11 MYT
ADIK lelaki kepada pelakon, Yana Samsudin, Muhammad Fahmi Harith Samsudin menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.
Berita tersebut telah disahkan oleh Yana sendiri melalui satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Apa yang lebih menyedihkan, Yana menyatakan bahawa adiknya baru ingin merasa nikmat sebagai seorang bapa.
"Aku kehilangan adik aku, Ya Allah.
"Macam mana nak ada kekuatan diri ini, satu-satunya lelaki dalam adik beradik, baru sahaja jadi ayah 37 hari," tulis Yana di kapsyen.
Yana meluahkan rasa sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan.
Pada masa sama, Yana turut menyatakan bahawa jika boleh dia cuba mengelak untuk baca berita-berita kematian kerana tidak dapat membayangkan jika perkara tersebut kepada dirinya apatah lagi kepada ahli keluarga.
Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali arwah agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.