Baru putus cinta, Taylor Swift yakinkan peminat dia 'sedang berbahagia'

Agensi
Mei 22, 2023 18:19 MYT
Menyanyi dalam hujan, Taylor Swift sempat berkongsi perasaan 'bahagia' dengan ribuan peminat yang hadir pada malam itu. - Instagram/Taylor Swift
PENYANYI Taylor Swift terpaksa menyanyi dalam hujan lebat pada siri konsert jelajah Era's Tour di Massachusetts, Amerika Syarikat Sabtu lalu.
Walau bagaimanapun, Taylor tetap bersikap profesional dan tidak membiarkan hujan menjadi penyebab dia tidak memberikan persembahan terbaik kepada penonton.
Malah penyanyi lagu Lavender Haze itu juga sempat berkongsi perasaan 'bahagia' dengan ribuan peminat yang hadir pada malam itu.
"Tiba-tiba saya rasa seperti mahu memberitahu anda, saya tidak pernah bahagia seperti ini dalam semua aspek kehidupan sebelum ini.
"Saya tidak tahu, ia bukan hanya sebab konsert jelajah ni. Saya rasa seperti hidup saya akhirnya ada tujuan yang masuk akal," katanya disambut tepukan gemuruh peminat.
Walaupun Taylor tidak menyebut mana-mana nama, peminat menyifatkan ia ada kena-mengena dengan hubungannya dengan penyanyi kumpulan The 1975, Matty Healy.
Khabar angin tentang percintaan mereka tercetus beberapa minggu lalu, apabila Healy dilihat menghadiri konsert Taylor hanya beberapa minggu selepas hubungan enam tahun Taylor dengan pelakon, Joe Alwyn berakhir.
Daily Mail melaporkan Alwyn berasa terganggu apabila Taylor dikatakan memulakan hubungan baharu dalam tempoh yang sangat pantas.
"Alwyn kecewa selepas melihat hubungan Taylor dengan Matt, tetapi melakukan yang terbaik untuk fokus pada dirinya sendiri," kata sumber rapat dengan Alwyn.
#Taylor Swift #konsert #matt healy #Joe Alwyn
;