Baru dua minggu putus cinta, Taylor Swift temui pengganti?
Madiha Abdullah
Jun 16, 2016 16:43 MYT
Jun 16, 2016 16:43 MYT
DUA minggu selepas memutuskan hubungan dengan DJ dan penerbit muzik Calvin Harris, bintang pop Taylor Swift nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk kembali bercinta.
Swift kini dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pelakon filem Thor, Tom Hiddleston.
Portal The Sun merupakan yang terawal melaporkan pasangan itu dilihat bermesra di tepi sebuah pantai di Rhode Island, Amerika Syarikat, pada Selasa.
Beberapa keping gambar eksklusif pasangan itu turut berjaya dirakamkan dan mula menjadi perbualan peminat.
Ramai yang terkejut dengan perkembangan terbaru ini dan tidak menyangka secepat itu Swift menemui pengganti.
Namun dalam masa yang sama, ramai yang berpendapat dengan reputasi Swift, ia bukan perkara yang pelik.
Pelbagai reaksi lucu peminat dilihat di laman sosial tentang hubungan ini.
Malah ramai juga yang membuat spekulasi bahawa kedua-duanya sudah mula saling meminati sejak bertemu di METgala, Mei lalu.
Dalam pada itu, bekas kekasih Swift, Harris, dilaporkan bukan sahaja membuang semua gambar Swift di akaun laman sosialnya, malah turut 'unfollow' Swift.
Sebelum ini, Swift dan Harris menjalin hubungan selama 15 bulan.