Baru 2 minggu bercerai, Aliff Aziz mahu rujuk semula dengan bekas isteri?
Hasimi Muhamad
Mei 29, 2019 08:04 MYT
Mei 29, 2019 08:04 MYT
SELEPAS hampir dua minggu sah bercerai dengan Bella Astillah, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memberi bayangan seolah mahu kembali rujuk dengan bekas isterinya itu.
Walaupun tidak menyebut nama wanita yang dimaksudkan, ramai yang meneka bahawa status yang dimuat naik Aliff di laman Twitter pada 27 Mei lalu ditujukan kepada Bella.
"Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," tulis Aliff di entri tersebut, pada Isnin.
Bagaimanapun, semakan di laman sosial penyanyi lagu Sayang Sayang itu mendapati status "luahan perasaan" tersebut tidak lagi ditemui dipercayai telah dipadam oleh Aliff.
Sebelum status tersebut dimuat naik, Aliff terlebih dahulu mengemaskini laman Instagram beliau - meluahkan perasaan rindu terhadap anak tunggalnya, Mohamad Ayden Adrean.
Namun, segelintir pengikut Instagram Aliff dilihat memberi kata-kata semangat kepadanya, selain mendoakan semoga pemuda itu kekal tabah.
Sementara Harian Metro melaporkan Bella, 25, enggan mengulas mengenai status dimuat naik bekas suaminya itu.
“Kalau boleh saya tak nak ulas apa-apa sebab baru lagi bercerai. Banyak hati kena jaga. Nanti orang ingat saya tak henti bagi kenyataan. Lagipun status di Twitter itu belum tentu untuk saya,” kata pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah itu.
Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur lalu selepas kontroversi mendakwa penyanyi kelahiran Singapura itu didapati curang dengan remaja berusia 17 tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
#Aliff Aziz
#Aliff Aziz Curang
#Aliff Aziz dan Bella bercerai
#Bella Astillah
#Instagram
#Penyanyi lagu Sayang Sayang
#rujuk semula
#Singapura
#Twitter