Barisan selebriti pun sudah mengundi, anda?

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 9, 2018 15:39 MYT
Walaupun Nelydia terpalit dengan kontroversi adiknya, Uqasha Senrose baru-baru ini, dia tetap tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Foto: Instagram/@nelydiasenrose
Seawal jam 7.30 pagi lagi, rakyat Malaysia telah keluar dan menunggu giliran bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.
Turut tidak ketinggalan adalah barisan selebriti yang juga keluar beratur menunggu giliran untuk membuang undi di kawasan masing-masing.
Antara para selebriti yang berkongsikan pengalaman mereka di platform media sosial Instagram dan Twitter sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini adalah Farid Kamil, Nelydia Senrose, Sharifah Amani, Zahiril Adzim dan Noraniza Idris.
Walaupun Nelydia terpalit dengan kontroversi adiknya, Uqasha Senrose baru-baru ini, dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Fadzil Zahari yang juga adik kepada pelakon Farid Kamil turut berkongsikan gambar selesai mengundi bersama ibu mereka di Jitra, Kedah.
Lain pula dengan isteri Fadzil, pelakon Yana Samsudin yang membuang undi di kampung halamannya, di Johor.
Dalam pada itu, Noraniza Idris dilaporkan antara 4,000 pengundi yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur bagi parlime P.119 Titiwangsa.
Turut memeriahkan suasana mengundi di laman media sosial adalah adik beradik Sharifah Amani dan Sharifah Aleya.

Now it time for Kak Long to vote!! Steady @sharifahaLEYA Ai jadi bodyguard dia. a href="https://twitter.com/hashtag/SharifahSisters?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw">#SharifahSisters pic.twitter.com/InKBue6rt1

— Sharifah Amani (@sharifahamani) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Farid Kamil #Malaysia Memilih #Nelydia Senrose #Noraniza Idris #PRU14 #Sharifah Aleya #Sharifah Amani #Twitter
;