Bapa Yasmin Ahmad meninggal dunia

Gempak
Ogos 8, 2019 14:00 MYT
Khabar pemergian Allahyarham Ahmad (gambar) diumumkan oleh adik arwah Yasmin, Datin Orked Ahmad menerusi media sosial. - Foto: Instagram/@orkedahmad
BAPA kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Ahmad Hashim telah meninggal dunia sebentar tadi.
Berita sedih tersebut diumumkan oleh adik arwah Yasmin, Datin Orked Ahmad menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan ayahanda saya, Haji Ahmad Bin Hashim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Jenazah akan dibawa ke Masjid Abu Bakar SS19 Subang Jaya untuk urusan solat jenazah pada esok pagi, 8.00 am dan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam, USJ 22. Insyaallah.
"Mohon doakan semoga arwah diampunkan dosa dan dipermudahkan segala urusan. Amin," tulisnya.
Gempak ucapkan salam takziah kepada Orked dan keluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.
#Ahmad Hashim #bapa yasmin ahmad #meninggal dunia #Yasmin Ahmad