Bapa sendiri pun disaman Rihanna

Asyraf Roslan
Januari 18, 2019 12:01 MYT
Masalah timbul apabila nama Fenty telah didaftarkan oleh Rihanna sebelum pelancaran jenama kosmetiknya pada September 2017, Fenty Beauty - FotoInstagram/@Badgalriri
BAPA sendiri pun sanggup di saman ya!
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty menyaman bapa kandungnya Ronald Fenty sebanyak AS$75 juta kerana menggunakan nama terakhir untuk membuka syarikat rakaman, Fenty Entertaiment.
Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles pada Selasa.
Masalah timbul apabila nama Fenty telah didaftarkan oleh Rihanna sebelum pelancaran jenama kosmetiknya pada September 2017, Fenty Beauty.
BACA: Didakwa berpisah, Rihanna dan jutawan Arab Saudi bercuti bersama
BACA: Rihanna rancang berkahwin dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel
Fenty Entertainment juga dilancarkan pada 2017, tetapi menurut Associated Press, Rihanna, 30, telah menggunakan nama Fenty untuk usaha perniagaan lain sejak 2012 sebelum membuat komestiknya.
Ronald dan rakannya, Moses Perkins dipercayai telah melanggar hak cipta Rihanna dan mencadangkan bahawa perniagaan mereka, Fenty Entertaiment bergabung dengan penyanyi yang popular dengan lagu Love On The Brain.
Menurut sumber, Rihanna juga telah mengarahkan bapanya supaya berhenti untuk menggunakan nama Fenty tersebut.
Ramai peminat yang keliru dengan tuntutan mahkamah kerana kedua-dua mereka adalah keluarga dan berkongsi nama yang sama.
#Fenty #Los Angeles #Mahkamah Persekutuan #Rihanna #saman
;