Bapa pelakon Nadia Aqilah meninggal dunia

Sinar Harian
Julai 11, 2018 19:05 MYT
Nadia yang juga pelakon utama Bangsawan Dendam Laksamana sebelum ini kerap berulang-alik ke Batu Pahat kerana menjaga arwah bapanya.
BAPA kepada pelakon Nadia Aqilah, dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi di sebuah hospital di Batu Pahat akibat sakit jantung, buah pinggang dan komplikasi paru-paru.
Jenazah Allahyarham Bajuri Bemawi, 74, selamat dikebumikan sekitar pukul 11 pagi tadi di Batu Pahat.
Difahamkan Allahyarham sebelum ini telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah yang sama, sebelum kali terakhir pada 1 Syawal lalu.
Nadia yang juga pelakon utama Bangsawan Dendam Laksamana sebelum ini kerap berulang-alik ke Batu Pahat kerana menjaga arwah bapanya.
Berita tersebut dikongsikan rakan baiknya, Ruzana Ibrahim menerusi Insta Story miliknya, selain penyanyi Fitry Hiswady yang turut berada di sana bersama pelakon tersebut di Batu Pahat.
“Kesihatan bapa Nadia memang tidak begitu stabil sebelum ini menyebabkan Nadia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran kerja demi menjaga bapanya.
“Biarpun sedih dan terkesan dengan kehilangan ini, Nadia dan adik-beradiknya menerima kenyataan ini reda,” kata Fitri ketika dihubungi Sinar Harian.
Takziah buat Nadia dan keluarga dan semoga tabah dengan kehilangan ini.
#Batu Pahat #jenazah #keluarga #meninggal dunia #Nadia Aqilah #sakit jantung
;