Bapa pelakon Irma Hasmie meninggal dunia kerana kanser Lymphoma

Gempak
Julai 22, 2016 09:12 MYT
Irma memohon kenalan atau sahabat yang mengenali bapanya supaya mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

BAPA pelakon Irma Hasmie, Ibrahim Othman meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5.23 pagi Jumaat.

Menerusi akaun Instagram Irma, pelakon tersebut menjelaskan Allahyarham Ibrahim meninggal dunia selepas tujuh bulan menjalani rawatan kanser Lymphoma.
Jenazah Ibrahim dikebumikan selepas solat Jumaat petang tadi di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh .
Dalam pada itu Irma turut memohon kenalan atau sahabat yang mengenali bapanya supaya mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
Takziah dari kami di Astro Gempak kepada Irma dan keluarga, semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

#bapa pelakon Irma Hasmie meninggal dunia #Ibrahim Othman #Irma Hasmie #kanser Lymphoma