'Banyak kali saya minta maaf' - Isteri tunggang motosikal atas 'highway', ini penjelasan suami

Gempak
Jun 15, 2020 12:49 MYT
Sehingga kini posting Firdaus yang memaparkan isterinya menunggang motosikal itu telah pun dikongsi sebanyak 26,200 kali.
SEPOTONG rakaman video pendek yang dimuat naik di Twitter menarik perhatian ramai apabila memaparkan pengorbanan seorang isteri yang sanggup menunggang motosikal di atas lebuh raya.
Walau bagaimanapun, tindakan suaminya yang mengikut rapat daripada belakang mencetuskan persoalan netizen.
Ada yang terharu tidak kurang juga yang mengecam tindakan suami wanita berkenaan.
Namun, bagi Muhamad Firdaus Ibrahim, dia punyai alasannya sendiri.
Menurut Firdaus, mungkin orang ramai tidak mengenalinya, namun dia merupakan bekas atlet tenis paralimpik yang lumpuh kedua belah kakinya selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 16 tahun.
Menurut Firdaus, dia sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur, namun terpaksa berpindah ke Ipoh selepas mendapat pekerjaan baru.
"Jadi kami merancang untuk pindah bulan April lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) kami terpaksa tangguh.
"Now dah boleh rentas negeri jadi kami pun buatlah keputusan untuk pindah barang. Cuma motosikal tu isteri tawar untuk bawa balik sendiri,"
"Isteri kata dia dah biasa 'ride' jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang,Terengganu. Orangnya kecil , tapi berjiwa besar," katanya.
Jelas Firdaus, sepanjang di atas lebuh raya, dia memang mengikut isterinya daripada belakang.
"Saya follow dari mula hingga ke rumah. Kalau ikut meter kereta, saya pandu dalam 60 ke 70 kilometer sejam.
"Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter . Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit. Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula," katanya.
Menurutnya lagi, tidak dinafikan melihat isteri yang sanggup berkorban menunggang motosikal di atas lebuh raya membuatkannya rasa sebak dan serba salah.
"Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf. Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang.
"Ada netizen yang tertanya mengapa tidak pos saja motosikal, namun memang isteri yang tawar daripada awal kami nak pindah barang.
"Cuma dia mintak saya follow dia dari belakang. Minta teman, kalau tak dia tak mahu," katanya.
Sehingga kini posting Firdaus yang memaparkan isterinya menunggang motosikal itu telah pun dikongsi sebanyak 26,200 kali.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

Salute to my wife , bawak motor dari KL ke Ipoh. Kental sungguh hatinya. What do I deserve to have her in my life. pic.twitter.com/jhdQ0FvW75

— Firdaus Ibrahim (@zafidos) June 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Allah #bekas atlet tenis paralimpik yang lumpuh #Facebook #family #gempak #Isteri tunggang motor #Kuala Lumpur #Malaysia #Muhamad Firdaus Ibrahim #Pahang #Perodua #PKP #rentas negeri #shooting #Twitter #video
;