Bakat Siti Saleha diuji di layar perak
Astro Awani
Januari 31, 2013 09:47 MYT
Januari 31, 2013 09:47 MYT
Membintangi banyak produksi televisyen, "Kerat 14" menguji bakat Siti Saleha buat kali pertama di layar perak.
Dia digandingkan dengan Aaron Aziz, pelakon yang pernah menjadi kekasihnya dalam sebuah drama bersiri popular.
Saleha melakonkan watak Nurzara yang tertekan apabila dikaitkan dengan kes pembunuhan.
Bagi pelakon yang sering menjayakan filem aksi, Aaron menyifatkan "Kerat 14" mempunyai beberapa elemen yang kuat termasuk drama.
Menelan belanja RM1.8 juta, filem terbitan White Merpati Entertainment ini ditayangkan di pawagam mulai 14 Februari.