Bakal jadi Datin muda, Elvina nikah 18 Mac
Gempak
Mac 7, 2018 20:38 MYT
Mac 7, 2018 20:38 MYT
PELAKON muda, Elvina Mohamad mengesahkan bakal bernikah dengan seorang usahawan dan selebriti dunia permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac depan.
Majlis pernikahan itu akan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada pukul 3 petang.
Kata Elvina, keputusannya untuk berkahwin dibuat selepas menyambut hari jadinya pada 25 Januari lalu.
"Kami berkenalan sejak dua tahun lepas dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sambutan hari jadi saya baru-baru ini.
"Secara peribadinya dia seorang jejaka yang memahami kerjaya saya dan menghormati keluarga," katanya kepada Astro Gempak.
Majlis pertunangan akan berlangsung pada pukul 2.30 petang hari sama dan majlis persandingan akan diadakan pada 24 Mac 2018 di lokasi sama.
Dalam perkembangan lain, pelakon itu baru selesai penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari bergandingan dengan Zul Ariffin dan Neelofa.
Teks oleh: Amri Hassan
#Astro Gempak
#Elvina Mohamad
#keluarga
#Mohd Haniff Borhan
#Neelofa
#Royale Chulan Kuala Lumpur
#Ti Amor Sweetheart
#usahawan
#Zul Ariffin