"Bakal bermula perjalanan memenuhi impian .." - Faizal Ismail ke United Kingdom

Gempak
September 10, 2019 17:09 MYT
Menurut Faizal dia berangkat terlebih dahulu memandangkan anak sulungnya bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
PENGACARA Faizal Ismail telah berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Budaya dan Industri Kreatif di Cardiff University.
Menurut Faizal dia berangkat terlebih dahulu memandangkan anak sulungnya bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
"Bakal bermula perjalanan memenuhi impian yang dah lama saya pendam..
"Namun niat itu menjadi lebih fokus sejak tiga tahun lalu bila Allah temukan saya dengan insan-insan yang membantu mendorong saya untuk merealisasikan impian ini.
"Alhamdulillah Dia permudahkan urusan satu persatu tanpa dijangka..Nanti kita share lagi okey.
"Terima kasih kepada yang mendoakan, yang memberikan kata-kata yang baik buat saya sekeluarga.
"Saya berangkat dahulu sebab anak sulung saya kena ambik SPM..
"Habis SPM nanti dorang join insyaAllah. Nantikan update saya di sosial media saya dan @dbilique..So Cardiff University here I come," tulisnya sebagai kapsyen.
Terdahulu, Faizal terpaksa menangguhkan perancangannya disebabkan urusan peribadi dan bisnes.
#Cardiff University #Faizal Ismail #Instagram #lanjut pelajaran #Malaysia #Pengacara #peperiksaan #peringkat sarjana #Sijil Peperiksaan Malaysia #SPM #United Kingdom
;