'Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan

Gempak
September 13, 2024 17:00 MYT
Kedudukan dalam carta membuktikan filem arahan Datuk Afdlin Shauki ini digemari ramai meskipun diasak dengan kehadiran beberapa filem antarabangsa. -Gempak
FILEM Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Kedudukan dalam carta itu membuktikan filem arahan Datuk Afdlin Shauki tersebut amat digemari ramai meskipun diasak dengan kehadiran filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, Hellboy, dan banyak lagi.
Baik Punya Ah-Long menampilkan raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan memegang watak ‘ah long’, di mana mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.
Menggunakan tagline ‘Semua Boleh Settle’, filem ini mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon sendiri.
Baik Punya Ah-Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Aley yang menjalankan perniagaan sendiri selepas dipaksa oleh bapa angkat mereka.
Meskipun Aloy dan Aley tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran dan memulakan perniagaan pinjaman wang.
Perniagaan mereka itu bagaimanapun telah menggugat bisnes Lan Panda yang berhasrat untuk menghapuskan Aloy dan Aley.
Saksikan filem ini di pawagam seluruh negara bermula 12 September 2024.
Bagi yang ingin menemui barisan pelakon, boleh sertai sesi jelajah di Terengganu pada 13 September dan 14 September di Johor.
Gunakan #BaikPunyaAhLong di media sosial bagi berkongsi pendapat dan keterujaan.
Sila ikuti perkembangan terbaru serta klip menarik di platform media sosial Astro Shaw. -Gempak
#Afdlin Shauki #Astro Shaw #Zizan Razak #johan
;