Bahang konsert BLACKPINK, 'Blinks' mula berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Astro Awani
Mac 4, 2023 14:05 MYT
Tinjauan Astro AWANI mendapati peminat BLACKPINK atau 'Blinks' sudah berada di venue konsert berkenaan seawal jam 10 pagi tadi - Foto BERNAMA
BAHANG kehangatan konsert kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, BLACKPINK yang bakal berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin dirasai.
Tinjauan Astro AWANI mendapati peminat BLACKPINK atau 'Blinks' sudah berada di venue konsert berkenaan seawal jam 10 pagi tadi.
Malah, persiapan konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ itu telah dijalankan dengan terperinci bagi meraikan puluhan ribu peminat kumpulan muzik wanita berkenaan.
Setakat tengah hari tadi juga para peminat mula beratur panjang sementara menunggu kebenaran memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil.
[TERKINI] Konsert Blackpink: Blinks mula banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Lebih mengujakan, mereka yang hadir awal dilihat teruja apabila 'dihidangkan' dengan 'soundcheck' menjelang persembahan kumpulan yang popular dengan lagu Pink Venom.
Selain itu, kemeriahan konsert tersebut turut diserikan dengan penjualan 'merchandise' BLACKPINK di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.

.@BLACKPINK is set to play their biggest concert to date, with an estimate of over 62,000 attendees at the Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur tonight! Are you ready? #BORNPINKinKL #BLACKPINK pic.twitter.com/321uxHQSFm

— BLCKPIK GLOBAL FANBASE (@BLACKPINKGLOBAL) March 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wandering alone here~ #BORNPINKinKL pic.twitter.com/PB1yTdJTmA

— turtle rabbit (@safiafiqah) March 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam kemas kini di laman Twitter menasihatikan para peminat BLACKPINK agar menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.
Sebelum ini, Rapid KL mengumumkan waktu operasi bagi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi (5 Mac).
Ini merupakan konsert kedua BLACKPINK di Malaysia, dengan kali pertama adalah pada 2019 menerusi konsert Blackpink World Tour: In Your Area.
Konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ akan berlangsung pada jam 8 malam ini, dengan kira-kira lebih 62,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
BLACKPINK dianggotai oleh Jennie; Lisa; Jisoo; serta Rose.

Tonight, BLACKPINK will play their biggest concert to date, with an estimate of 60,000+ attendees at the Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur! How are we feeling? #BORNPINKinKL @BLACKPINK pic.twitter.com/9drWVuqJDo

— BLACKPINK Malaysia (@myofficialblink) March 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#BLACKPINK #Konsert Born Pink #Stadium Nasional Bukit Jalil #Blinks
;