Bahang Akademi Fantasia mula terasa
Kohilah Sekaran
Ogos 10, 2015 16:30 MYT
Ogos 10, 2015 16:30 MYT
Seramai empat peserta tersingkir dalam konsert penentuan Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Peserta yang disingkir adalah Wili (Suili George, 28, Sabah), Dalila (Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura), Syahid (Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka) dan Arisa (Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor).
Kredit gambar: Facebook Astro Gempak
Penyingkiran tersebut sekali gus memberi peluang kepada 12 peserta lain meneruskan perjuangan mereka di AF 2015.
Keputusan itu dibuat oleh pengetua dan tenaga pengajar #AF2015 selepas menyaksikan persembahan mereka di Konsert Penentuan #AF2015.
Bagaimanapun , keputusan penyingkiran itu nampaknya mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penonton Akademi Fantasia.
Kebanyakan menyuarakan pandangan mereka untuk mempertahankan peserta kegemaran mereka yang tersingkir melalui media sosial.
Malah, ada segentir netizen yang memberi cadangan untuk tidak melakukan penyingkiran pada minggu pertama agar semua perserta diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka.
Buka itu sahaja, hashtag #AF2015 juga kini mula trending di laman Twitter.
Saksikan Konsert Mingguan #AF2015 yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Manakala Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.