Bagaimana karisma Robert Pattinson? Trailer 'The Batman' sudah raih lebih 16 juta tontonan

Fareez Azman
Ogos 25, 2020 14:20 MYT
Trailer The Batman ditayangkan pada Sabtu dalam satu konvensyen secara maya DC Entertainment. Ia mendapat 7 juta tontonan dalam tempoh kurang 23 jam. Gambar: Youtube \ Warner Bros. Pictures
Syarikat penerbitan gergasi, Warner Bros tampil dengan trailer pertama filem The Batman dalam satu konvensyen maya bagi jenama superhero DC Entertainment pada Sabtu.
Trailer selama dua minit yang menyaksikan debut Robert Pattinson sebagai watak utama Batman itu antara lain memaparkan bagaimana Batman dan rakannya James Gordon (lakonan Jeffrey Wright) menyelesaikan kes jenayah di kota Gotham.
Lebih menarik minat penonton nanti adalah tanda tanya yang menyusul setiap kali Batman menerima surat misteri daripada individu yang disyaki melakukan jenayah di kota itu.
Menampilkan lagu Something in the Way oleh kumpulan Nirvana, trailer itu mendapat tontonan 7 juta penonton hanya dalam tempoh kurang 24 jam, dan setakat ini sudah mencatatkan lebih 16 juta tontotan.
Pengarahnya, Matt Reeves sebelum ini pernah mendedahkan filem terbaharu itu bakal menyaksikan bagaimana kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.
Filem The Batman itu bakal ditayangkan pada 25 Jun 2021 namun ditunda akibat pandemik COVID-19 dan akan ditayangkan serentak pada 1 Oktober 2021.
BACA: Produksi filem 'The Batman' dihentikan gara-gara COVID-19
BACA: Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman
#Bruce Wayne #DC Entertainment #filem #Gotham City #jenayah #Kota #Matt Reeves #Misteri #Robert Pattison #The Batman
;