BAFTA: The Revenant menang besar, DiCaprio aktor terbaik

Nizam Bakeri
Februari 15, 2016 02:50 MYT
Innartu (kiri) menggenggam trofi Pengarah Terbaik bergambar bersama pemenang Aktor Terbaik, Leonardo DiCaprio (kanan) dan pemberi anugerah Tom Cruise - Foto AP
FILEM The Revenant yang diadaptasi dari kisah benar pengembaraan Hugh Glass merangkul tiga anugerah utama dalam British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) Awards awal hari ini, lapor BBC.
Filem tersebut meraih anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik melalui Alejandro G Innaritu, dan Leonardo DiCaprio dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.
Menurut Innaritu, kejayaan tersebut mengujakan. Dia turut menegaskan bakat dan komitmen DiCaprio dalam menjayakan projek yang berisiko itu telah memastikan filem itu terus bernafas.
DiCaprio pula mengabadikan kejayaan itu kepada ibunya, Irmelin Indenbirken, dengan ucapan hari lahir yang mengharukan.
“Saya tidak membesar dalam kehidupan mewah. Saya membesar di kejiranan miskin di timur Los Angeles. Wanita ini memandu tiga jam setiap hari untuk menghantar saya ke sekolah yang baik untuk memberi peluang kepada saya. Hari ini hari lahirnya. Ibu, selamat hari lahir. Saya sayang ibu sangat-sangat.”
DiCaprio turut merakamkan penghormatan kepada para pelakon British seperti Tom Courtenay dan Gary Oldman yang telah mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.
Kejayaan The Revenant menghangatkan lagi perlumbaan memenangi Academy Awards selepas filem tersebut memenangi Golden Globes Awards namun filem Spotlight yang mengisahkan penyiasatan wartawan terhadap skandal seks gereja Roman Katolik menjadi pilihan dalam SAG Awards dan Critics Choice Awards.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang BAFTA Awards tahun ini:
Filem Terbaik
The Revenant
Filem British Terbaik
Brooklyn
Pengarah Terbaik
Alejandro G. Iñárritu
The Revenant
Pelakon Lelaki Terbaik
Leonardo DiCaprio
The Revenant
Pelakon Wanita Terbaik
Brie Larson
Room
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Mark Rylance
Bridge of Spies
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Kate Winslet
Steve Jobs
Lakon Layar Asal Terbaik
Tom McCarthy, Josh Singer
Spotlight
Lakon Layar Adaptasi Terbaik
Adam McKay, Charles Randolph
The Big Short
Rekabentuk Penerbitan Terbaik
Colin Gibson, Lisa Thompson
Mad Max: Fury Road
Filem Animasi Terbaik
Inside Out
Filem Bahasa Asing Terbaik
Wild Tales
Rekabentuk Kostum Terbaik
Jenny Beavan
Mad Max: Fury Road
Kesan Visual Khas Terbaik
Chris Corbould, Roger Guyett, Paul Kavanagh, Neal Scanlan
Star Wars: The Force Awakens
Kesan Bunyi Terbaik
Lon Bender, Chris Duesterdiek, Martin Hernandez, Frank A. Montaño, Jon Taylor, Randy Thom
The Revenant
Suntingan Terbaik
Margaret Sixel
Mad Max: Fury Road
Muzik Asal Terbaik
Ennio Morricone
The Hateful Eight
Sinematografi Terbaik
Emmanuel Lubezki
The Revenant
Solekan Terbaik
Lesley Vanderwalt, Damian Martin
Mad Max: Fury Road
#BAFTA Awards 2016 #Leonardo DiCaprio BAFTA #pemenang BAFTA Awards 2016 #The Revenant BAFTA