'Badan saya letih, masih belum tidur' - ungkapan BCL selepas pemergian Ashraf Sinclair
Astro Awani
Februari 20, 2020 13:12 MYT
Februari 20, 2020 13:12 MYT
'Badan saya letih, belum tidur'. Itu antara ungkapan penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari 48 jam selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair.
Menurut teman rapat dan penyanyi Afgan, keadaan BCL semakin baik walaupun masih berduka atas kematian mengejut Ashraf.
Afgan atau Afgansyah Reza berkata demikian selepas beliau berjumpa BCL di kenduri tahlil di kediaman selebriti berkenaan di Jakarta Selatan pada malam Rabu.
"Tadi Unge (nama jolokan BCL) lebih baik, sudah mahu berbual, namun dia berkata, badannya letih akibat belum tidur. Jadi, perlu pastikan BCL diperiksa doktor dan makan," kata Afgan, memetik portal berita Kompas.
Menurut Afgan, anak BCL, Noah Sinclair juga sudah sedikit ceria selepas teman-teman rapat membawanya untuk beriadah.
Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung.
#Ashraf Sinclair
#Bunga Citra Lestari
#meninggal dunia
#Noah Sinclair
#pengebumian
#serangan jantung