'Badan lemah, rasa nak pengsan' - Puteri Sarah terima rawatan kecemasan di hospital
Gempak
Oktober 22, 2023 12:30 MYT
Oktober 22, 2023 12:30 MYT
PELAKON Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya telah dirawat di hospital akibat demam.
Menurut Puteri Sarah, dia mula merasakan dirinya kurang sihat namun memilih untuk meneruskan kerja kerana memikirkan badannya masih larat.
“21/10/23, lima hari demam, badan rasa panas/sejuk sangat tapi tak rasa. Cuma rasa penat sangat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya sakit.
“Jadi malam tadi pada jam 11 malam, saya mengambil keputusan untuk ke hospital dan beritahu doktor rasa nak demam,” maklumnya.
Bagaimanapun kata Puteri Sarah, dia terkejut apabila doktor memaklumkan suhu badannya sudah mencecah 40 Celcius dan perlu menerima rawatan segera kerana badannya terlalu lemah.
“Kemudian doktor buat pemeriksaan dia kata, Sarah bukan rasa nak demam dah demam pun. Suhu badan mencecah 40.
“Astaga. Masuk kecemasan, cepat-cepat drip dengan paracetamol dan vit C. Badan terlalu lemah tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pengsan. Tanpa sedar terus tertidur,” jelasnya.
Dalam pada itu menerusi hantaran yang sama di ruangan IG story, Puteri Sarah menasihatkan orang ramai sekiranya rasa tidak sedap badan atau kurang sihat segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
“Semua dah panik. Alhamdulillah check darah tak ada apa. Jadi kesimpulannya, jika rasa tak sedap badan, pegilah check cepat ok. Takut nanti jadi lagi teruk,” tulisnya.
Sebelum ini, Puteri Sarah berkongsi pengalaman dia pernah disahkan mengalami kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (ectopic pregnancy).
Puteri Sarah memberitahu dia mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih dan akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama iaitu, Syaikhul Islam. -Gempak