Backstreet boys terima tapak bintang "Wall Of Fame"

Astro Awani
April 23, 2013 16:15 MYT
“Boy band” yang popular sekitar era 1990an menitiskan air mata dalam suasana yang penuh beremosi sebaik saja menerima pengiktirafan tapak bintang Hollywood, “Walk Of Fame”.
Backtreets boys dianggotai oleh Brian Littrell, Howie Dorough, Aj Mclean, Nick Carter dan Kevin Richardson.
Penganugerahan ini menjadi hadiah semakin bermakna buat Backtreet Boys yang juga pada masa sama meraikan ulang tahun ke- 20 sejak penubuhannya.
“Alangkah indah dan bermaknanya hari ini buat kami dimana dapat meraikan ulang tahun kumpulan dan kejayaan diiktiraf sebagai bintang “Hall Of Fame”, kata Kevin Richardson pada majlis tersebut.
Nick Carter juga mengumumkan kepada para peminat yang hadir bahawa kumpulan Backstreet Boys kini kembali aktif dan akan terus menghasilkan karya yang mengikuti citarasa peminatnya.
Setelah hampir dua dekad bersama, Howie Dorough mengakui bukan mudah untuk kumpulan dari Orlando, Florida ini untuk berada di kedudukan mereka pada hari ini.
“Segalanya berlaku dengan sebab, ada kalanya kami jatuh dan ada juga kami naik, setelah melalui semua itu bersama, kini kami semakin kukuh dan kuat berbanding dahulu,” kata Howie Dorough dengan penuh emosi.
Backstreet boys dikatakan dalam pembikinan album terbaru selain bakal kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah tahun depan.
#Back streets boys #boy band #BSB #Hollywood #Walk of Fame
;