Back to the Future: Nike realisasikan kasut Nike Mag 'self-lacing'

Kohilah Sekaran
Oktober 24, 2015 16:00 MYT
Nike menjadikan ia satu realiti apabila edisi terhad Nike Mag dijangka akan dipasarkan pada tahun 2016.
Peminat filem trilogi Back to the Future tentunya tidak akan melupakan satu babak di mana watak Marty McFly memakai sepasang kasut Nike Mag (Magnetic Anti-Gravity), yang mempunyai keupayaan ‘self-lacing’.
Susulan gelombang semangat yang ditunjukkan peminat terhadap Hari Back to the Future pada 21 Oktober lepas, Nike menjadikan babak yang dianggap ikonik itu sebagai satu realiti apabila edisi terhad Nike Mag dijangka akan dipasarkan pada tahun 2016.
Perkara ini telah diumumkan oleh Nike menerusi satu kenyataan media pada Rabu lalu.
Difahamkan, kasut ‘power-laces’ itu hanya boleh didapati menerusi jualan lelong pada musim bunga tahun depan.
“Kami sudah mula mencipta sesuatu berhubung fiksyen. Kami akan menjadikannya realiti dengan mencipta teknologi baru yang akan memberi manfaat kepada semua atlet," kata Presiden serta Ketua Pegawai eksekutif Nike, Mark Parker.
Menurut Nike, kasut Mag merupakan satu sistem responsif secara individu yang dapat mengesan pergerakan pemakai untuk memberi keselesaan serta sokongan yang diperlukan.
Malah, perkara tersebut juga telah didedahkan pelakon watak Marty McFly, Michael J.Fox menerusi akaun Twitternya.
“Ini adalah benar. Akan datang pada musim bunga 2016,” tulis Micheal sambil memuat naik sekeping gambar beliau memakai kasut tersebut.

This is real. This is today. Coming spring 2016. cc: @RealMikeFox @Nike pic.twitter.com/KPswXNojvA

— michaeljfox.org (@MichaelJFoxOrg) October 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Michael J. Fox models the first self-lacing @Nike Mag pic.twitter.com/bgPWM5CKBE

— michaeljfox.org (@MichaelJFoxOrg) October 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika #Back to the Future #filem #Nike #Nike Mag
;