Babyface teruja berduet dengan Siti Nurhaliza

Astro Awani
Mac 15, 2013 09:11 MYT
Artis antarabangsa yang terkenal dengan lagu popular “Every Time I Close My Eyes”, Babyface dilaporkan teruja dengan pembabitan beliau dalam acara amal di Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi Astro Awani, penyanyi itu mengesahkan bakal membuat persembahan pada majlis amal sempena Grand Prix 2013 yang berlangsung pada 21 Mac ini.
Dalam temubual eksklusif menerusi “Gala TV”, penyanyi itu juga melahirkan rasa teruja dapat berganding suara dengan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.
Kilik video untuk mendengar temubual Babyface dengan Astro Awani.
#babyface #Datuk Siti Nurhaliza #Grand Prix 2013 #majlis amal