#BabyCTDK: 'Selamat datang puteri, ibumu sudah lama menanti' - Netizen
Wafa Aula
Mac 19, 2018 11:17 MYT
Mac 19, 2018 11:17 MYT
Berakhirnya penantian selama 11 tahun, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini bergelar ibu sebaik sahaja melahirkan bayi perempuannya pada jam 8.17 minit pagi tadi.
Puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa seberat 3.55 kilogram itu telah selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Kegembiraan itu tidak hanya dinantikan oleh Siti dan keluarga malah turut dikongsi rata-rata peminat penyanyi itu di media sosial disamping teruja menantikan pengumuman nama bayi perempuannya dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Berikut adalah ucapan yang sempat kami kumpulkan daripada para peminat, rakan artis dan ahli politik kepada penyanyi lagu Purnama Merindu itu menerusi hashtag #BabyCTDK oleh Astro AWANI mulai laman media sosial Facebook dan Twitter saluran berita berikut sejak Jumaat lalu.
Pautan tersebut mendapat lebih 35,000 perkongsian manakala ratusan ucapan tahniah dan doa buat pasangan Siti Nurhaliza dan suami tersayang.
Khalid turut sempat merakamkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan pelbagai pihak ke atas isterinya yang tersayang.
#artis
#Asyraf Khalid
#babyctdk
#bayi
#bersalin
#CTDK
#keluarga
#Mufti Menk
#Puteri CTDK
#Rozi Abdul Razak
#selebriti
#Siti Nurhaliza