Demam video tular "Baby Shark" nyata masih berterusan, dan kini apa yang lebih menarik ialah versi terbaharu yang dilancarkan dalam bahasa Melayu, "Bayi Yu".
Menerusi kerjasama Astro Malaysia dan Pinkfong, video muzik "Bayi Yu" itu dihasilkan secara eksklusif bersama empat lagu lain dan boleh ditonton di Astro Best.
Menurut Presiden Pengurusan Bahagian Kandungan Astro, Agnes Rozario, kandungan yang disediakan oleh Pinkfong bukan sahaja menghiburkan malah memiliki unsur pendidikan buat kanak-kanak.
“Lagu-lagu yang dihasilkan sangat rancak, dan kanak-kanak juga terdedah dengan maklumat seperti topik pemuliharaan dan pada masa sama memberi kesan positif kepada mereka.
“Tidak mudah untuk menghasilkan sebuah kandungan yang memiliki kedua-dua unsur hiburan dan pendidikan, namun Pinkfong terbukti amat berjaya dengan pelaksanaan kandungan seperti itu,” kata Agnes ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan Pinkfong di sebuah pusat beli belah, di sini, hari ini.
Kerjasama ini juga akan melibatkan 70 lagu, termasuk "Bayi Yu", dan penonton boleh membeli video muzik Pingfong dengan harga RM10 untuk lima hari tontonan.
Tambahnya, bermula 2018, pelanggan Astro boleh mendapat akses kepada senarai video music Pinkfong di On Demand.
Selain pelancaran kandungan versi bahasa Melayu, Astro dan Pinkfong juga akan menghasilkan kandungan dalam pelbagai bahasa lain, seperti Mandarin, melibatkan subjek matematik, cerita dongeng dan peribahasa Cina.
Setakat ini, Pinkfong di bawah syarikat dari Korea Selatan, SmartStudy sudah mencatatkan lebih 1.5 bilion tontonan dalam talian di seluruh dunia.
Dania Zainuddin
Fri Dec 08 2017

Menerusi kerjasama Astro Malaysia dan Pinkfong, video muzik Bayi Yu itu dihasilkan secara ekslusif bersama empat lagu lain dan boleh ditonton di Astro Best.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Baby Shark lagu paling banyak tontonan dunia
Lagu kartun Pinkfong, Baby Shark merupakan video yang paling banyak mendapat tontonan di seluruh dunia di Youtube.

Biar dikecam, lagu 'gangguan minda' tetap jadi perhatian rakyat Malaysia
Lagu yang 'mengganggu minda' dapat carian terbanyak di enjin carian Google Malaysia.

Astro bawa Baby Shark Doo Doo ke Malaysia
Astro kini membawakan persembahan muzikal Pinkfong Baby yang berlangsung dari 8 hingga 16 Sept di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

'Baby Shark' masih 'berdoo doo' dalam Carta AWANI Raku
Minggu lepas pendengar Raku masih belum move on dengan persembahan Aishah pada konsert minggu pertama GV4, minggu ini Baby Shark masih mengungguli tempat pertama Carta Awani Raku.