Ba minta maaf, sayang - Sharnaaz Ahmad

Astro Awani
September 11, 2019 06:00 MYT
Netizen mendoakan agar Sharnaaz dan Noor Nabila berbaik semula dan rumah tangga mereka kembali pulih. Foto: Instagram
Pelakon Sharnaaz Ahmad yang rumah tangganya sedang diuji ketika ini, menyentuh perasaan kebanyakan netizen apabila memuat naik klip video bersama anak tunggalnya, Jebat Jayden.
Melalui satu status terbaharu di Instagramnya, Sharnaaz yang membahasakan dirinya 'Ba' memohon maaf kepada anaknya yang berusia satu tahun itu, dan menyatakan perasaan sayangnya.
"Ba minta maaf sayang @jebatjayden .. Ba sayang kamu dengan nyawa Ba.. besar nanti kamu faham ya," katanya ringkas di laman Instagram.
Kata-kata Sharnaaz itu turut mendapat reaksi netizen yang turut mendoakan agar pasangan itu kembali berbaik dan rumah tangga yang dibina pulih semula.
Sharnaaz pada Rabu, menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.
#anak #cerai #Instagram #mahkamah syariah #minta maaf #Noor Nabila Mohd Noor #Rumah Tangga #Sharnaaz Ahmad
;