Azrel Ismail akui sukar kekalkan nama dalam bidang hiburan

Gempak
Julai 30, 2018 06:01 MYT
Azrel anggap semua yang dilaluinya dalam industri sebagai satu proses pembelajaran. - Instagram
PELAKON Azrel Ismail mendedahkan dirinya tidak bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.
Menyifatkan dunia lakonan sebagai proses pembelajaran, Azrel mahu terus memperbaiki kualiti lakonannya.
"Sejujurnya, saya tak memilih tawaran yang diberikan. Apa yang penting, saya kena ikhlas bekerja. Bagi saya, berlakon perlukan keikhlasan.
"Semuanya saya anggap sebagai satu proses pembelajaran dan ia tak akan berhenti. Kadang-kadang, karya yang kita anggap 'biasa-biasa' boleh jadi 'luar biasa' apabila ditayangkan," katanya.
Azrel ditemui usai majlis tayangan filem Pulang yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengakui sukar untuk mengekalkan nama dalam bidang hiburan, Azrel terus berusaha kuat dan menjaga disiplin agar bakatnya diterima.
"Nak masuk sukar, nak kekalkan pun sukar. Apa yang saya lakukan ialah menjaga disiplin. Saya pentingkan ketepatan masa dan saya akan terus berusaha kuat.
"Saya mahu mengelakkan diri dari kontroversi kerana perkara itu tidak memberikan impak positif dalam jangka masa panjang," katanya.
Dalam filem Pulang, Azrel bergandingan bersama Remy Ishak, Puteri Aishah, Erwin Dawson dan ramai lagi.
Teks: Kamaruddin Razal
#artis malaysia #azrel ismail #pelakon #selebriti
;