Aznil tempelak Ellen DeGeneres sebab...
Asyraf Roslan
April 3, 2019 10:13 MYT
April 3, 2019 10:13 MYT
"Itu negara dia, suka hatilah dia nak buat apa," komen pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Nawawi di entri yang dimuat naik oleh Ellen DeGeneres di Instagramnya.
Komen yang dimuat naik oleh, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil itu kerana Ellen meminta agar semua masyarakat memboikot hotel hak milik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Dalam komen berkenaan juga Aznil menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak yang mengganggu undang-undang negara lain.
Entri tersebut juga telah mendatangkan rasa tidak puas hati ramai pihak kerana Ellen mengajak semua masyarakat untuk memboikot hotel milik Sultan Brunei.
Peminat merasakan tindakan Ellen yang mempunyai 69.8 juta pengikut di Instagram dilihat sebagai tidak wajar, kerana dia merupakan orang yang sangat dikenali dan mampu mempengaruh masyarakat.
Kerajaan Brunei akan meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukuman sebat atau rejam sampai mati terhadap beberapa kesalahan termasuk homoseks, zina dan rogol.
Brunei dilaporkan akan melaksanakan kedua-dua hukuman itu bermula hari ini (3 April).
Selain Ellen, selebriti antarabangsa lain seperti George Clooney dan Elton John turut menggesa masyarakat dunia memboikot rangkaian hotel milik Sultan Hassanal Bolkiah.