Aznil Nawawi kehilangan seorang lagi abang kandung

Saharudin Musthafa
September 17, 2019 21:51 MYT
Datuk Aznil kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser.
Diuji dengan pemergian dua saudara kandung ke rahmahtullah dalam tempoh sebulan adalah hakikat yang amat berat untuk diterima oleh mana-mana individu.
Namun, itulah realiti yang harus dihadapi personaliti tersohor tanah air, Datuk Aznil Nawawi.
Sekitar pukul 9.20 malam, beliau kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser.
Allahyarham Azharnim meninggal dunia hampir sebulan selepas pemergian Azmir Nawawi pada 19 Ogos lalu.
BACA: Salam takziah, abang kepada Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia
Allahyarham Azharnim, 61, menghembuskan nafas terakhir di sisi kaum keluarganya di sebuah hospital swasta di sini.
Menurut Aznil, abangnya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.
"Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran," kata Aznil kepada Astro AWANI.
Salam takziah buat Aznil daripada kami di Astro AWANI.
#abang Aznil meninggal dunia #abang kandung Aznil #Azharnim Nawawi #Azmir Nawawi #Aznil Nawawi #kanser
;