Aznil, Nabil bergabung kemudi AIM 20

Astro Awani
November 20, 2013 12:30 MYT
Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 bakal menggandingkan Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad sebagai hos.
Turut diumumkan ialah nama pengacara untuk karpet merah iaitu Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan.
Aznil menyambung tugas yang digalasnya tahun lalu bersama Adibah Noor.
Selain nama-nama besar dunia pengacaraan, AIM 20 turut membariskan penghibur popular bagi memeriahkan suasana.
Antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Ning Baizura, Jaclyn Victor serta Aizat Amdan.
Tidak ketinggalan ialah penyanyi dari seberang iaitu Datuk Rossa dan Afgan.
AIM 20 bakal berlangsung pada 14 Disember dari Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Saluran Maya HD (135).
#AIM 20 #Anugerah Industri Muzik (AIM) #Datuk Aznil Nawawi #Nabil Ahmad