Azmir Saifuddin dilantik sebagai CEO Finas

Bernama
Oktober 31, 2023 17:12 MYT
Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun hingga 31 Okt 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa esok.
Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun hingga 31 Okt 2025.
Azmir Saifuddin yang berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom memulakan kerjayanya di Bahagian Kreatif Multimedia Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.
"Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir Saifuddin mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Azmir Saifuddin Mutalib #Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia #FINAS #CEO baharu Finas
;