'Azmil Mustapha tetap ke surau biarpun belum pulih sepenuhnya' - Adik

Madiha Abdullah
Februari 4, 2016 17:03 MYT
Azmil mengalami kesukaran bernafas selepas menunaikan solat. -Foto/Facebook Aziph Mustapha
PELAKON terkenal era 80an, Azmil Mustapha, tetap bersemangat menunaikan solat berjemaah di surau biarpun belum sihat sepenuhnya.
Hal itu dimaklumkan oleh adiknya, Aziph Mustapha, menerusi status yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya Selasa lalu.
Menurut cerita Aziph, Azmil memberitahu mahu mengikutnya ke surau mengerjakan solat Subuh pada pagi Selasa.
Walaupun agak bimbang dengan keadaan Azmil, namun Aziph akur dengan permintaan itu, apatah lagi selepas abangnya itu memaklumkan dia sihat.

2 Feb 2016. | 0641 hrsAlhamdulillah, Abang Azmil bangun dan rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal...

Posted by Aziph Mustapha on
Surau yang dimaksudkan itu terletak 500 meter dari kediaman mereka, dan baru dua hari dibuka.
Namun selesai solat, Azmil mula mengalami sedikit kesukaran bernafas dan nampak seperti dalam kesakitan, lantas turun dari kerusi rodanya dan duduk bersandar di atas lantai.
Hampir setengah jam, barulah Azmil tampak kembali tenang dan duduk semula di kerudi roda.
Di akhir statusnya, Aziph meminta orang ramai serta peminat Azmil agar terus berdoa untuk kesihatan abangnya itu.
Azmil, yang popular dengan watak Ali dalam filem Ali Setan, sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.
#ali setan #Aziph Mustapha #Azmil Mustapha #pelakon 80an #sakit jantung
;