'Azmi Hata buat apa tu? Nafkah anak dah berbulan tak bayar ni' - Elly Mazlein
Gempak
April 25, 2018 14:45 MYT
April 25, 2018 14:45 MYT
ISU nafkah anak antara penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, pengarah Azmi Hata nampaknya masih tidak berkesudahan.
Menerusi entri terbaru di laman Instagram Elly, pelantun lagu Bungaku Bakawali ini menyindir Azmi yang didakwa tidak membayar nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini berusia 2 tahun.
Ramai menyayangimu dan menghargaimu manja. @azmi_hata buat apa tu? Nafkah anak dah berbulan-bulan tak bayar ni.
“Ajak Kakak Lina ke mahkamah, banyak pula duit bayar lawyer. Nafkah anak yang hanya RM1500 liat bebenar nak membayarnya.
“Motor Harley Davidson vroooom vroooom ada pulak duit nak membayar bulan-bulan. Meh Kakak Lina nak nasihat.. Ya Kakak Lina faham @azmi_hata nak manja dengan Kakak Lina ya.. Tak apa, meh Kakak Lina manjakan dengan bagi sebungkus buah fikiran.
“Kalau rasa motor Harley Davidson tu punca tak mampu nak membayar nafkah anak, meh Kakak Lina ajar macam mana nak membuatnya. Pergilah jual motor tu, habis cerita... Selesai masalah.
“Kakak Lina syak @azmi_hata mesti setuju dengan sebungkus buah fikiran yang Kakak Lina bagi ni kan?” tulis Elly panjang lebar.
Seperti kebiasaan, Elly turut meletakkan pelbagai hashtag dalam entri tersebut.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, pernah bernikah dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.
Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.
Menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 9 April lalu, Faye turut melahirkan bayi lelaki sulung pada tarikh sama yang diberi nama Alif Azmi.