'Azil dah boleh makan' - Anak Zarina Zainuddin selamat jalani pembedahan hidung
Gempak
April 24, 2019 18:00 MYT
April 24, 2019 18:00 MYT
DALAM satu entri di Instagramnya beberapa hari lalu, Zarina Zainuddin berkongsi tentang keadaan anaknya, Azil.
Menurut Zarina, dia mendapat mesej daripada suaminya tentang Azil yang sukar bernafas.
"Baru sekejap suami saya mesej katanya Azil susah nak bernafas akibat dia selalu pukul hidungnya.
"Doktor memberi tahu kesan dari menangis yang lama dan berpanjangan juga mengganggu sistem pernafasan Azil," tulis Zarina.