Azhan Rani maafkan pemilik produk guna gambar tanpa kebenaran

Gempak
Mei 7, 2019 05:24 MYT
Azhan juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. - Foto Instagram/@azhan_rani
PELAKON Azhan Rani telah memaafkan pemilik produk yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran untuk tujuan promosi.
Menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya, Azhan juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka dan menganggap isu tersebut sudah selesai.
Menurut Azhan, sebelum ini dia berkongsi beberapa keping foto pemilik produk penapis air yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran.
Bukan niat membesarkan isu, namun itu adalah cara untuk memberi kesedaran kepada individu-indidividu tersebut supaya menghormati hak orang lain.
Dalam pada itu Azhan mengucapkan terima kasih kepada pemilik produk yang telah membuat permohonan maaf.
“Okay sebelum masuk Ramadan ke-3 ni biar aku ‘clear’ kan dulu isu ni. Kita teruskan Ramadan kita dengan damai.
"Walaupun bukanlah isu besar negara pun, aku anggap perkara ni dah selesai. Rata-rata ‘owner product’ dah pun buat permohonan maaf.
“Insya-Allah setulus ikhlas aku maafkan, tak ada ‘legal action’ pun dari aku. Itu bukan point aku, matlamat utama aku kesedaran kita dan menghormati hak orang lain,” tulisnya.
Selain itu Azhan turut menegaskan tentang pentingnya meminta izin dan meminta agar mesej kesedaran yang cuba disampaikan ini dipanjangkan kepada yang lain.
#Azhan Rani #foto #Instagram #jendela ramadan #penapis air #promosi #Ramadan #ramadan 1440 #ramadanawani1440 #SPRM #undang-undang
;