Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki
Media Hiburan
Mac 19, 2023 16:00 MYT
Mac 19, 2023 16:00 MYT
PENYANYI Ayda Jebat menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 pada Jumaat dengan meraikannya bersama suami, pengacara Nabil Mahir di sebuah restoran yang menyediakan hidangan utama daging wagyu.
Berkongsikan sambutan itu di Insta Story, Ayda atau Nurul Shuhada Jebat secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beria-ia mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk cuba dapatkan anak lelaki.
“Misi makan daging, Nabil nak 'baby boy'. Nak anak lelaki ke tu?” usik Ayda.
Nabil kemudian membalas secara berseloroh sambil mengangguk, “Kita cuba, kita cuba. Daging dan brokoli sahaja.”
Ayda dalam kenyataannya kepada pihak media sebelum ini berkata dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
Ini kerana, menurut penyanyi lagu "Temberang" itu, dia mahu anak keduanya nanti membesar seiring bersama dengan anak pertamanya.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil, 35, pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun. -Media Hiburan