Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Gempak
Jun 25, 2024 14:45 MYT
Jun 25, 2024 14:45 MYT
PENYANYI Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.
Cuba terbaik bantu proses pemulihan ayah
Jelas Ayda, dia dan keluarga akan cuba yang terbaik bagi membantu proses pemulihan ayahnya yang kini sudah keluar daripada hospital.
"Dia dah boleh makan, sebelum ini dia hanya minum susu. sekarang dah pulang ke rumah dan kami dah susun jadual untuk pergi physio, accupunture untuk pulihkan ayah.
"Kalau ikut cakap doktor kalau nak pulih itu makan banyak masa juga dan disiplin juga jadi saya dan kelaurga cuba yang terbaik untuk bantu ayah saya.
"Kalau tak boleh pulih sepenuhnya kalau dah boleh duduk atas kerusi roda pun dah bernasib baik, tapi kami akan cuba yang terbaik lah untuk ayah," katanya.
Persembahan terganggu
Dalam pada itu, Ayda turut akui persembahannya sedikit terganggu pada minggu lepas kerana situasi tersebut, namun dia menganggap perkara ini sebagai dugaannya di dalam pertandingan ini.
"Persembahan saya untuk minggu lepas memang terganggu lah lepas dapat berita itu balik Melaka jumpa ayah dan nak kena uruskan beberapa keperluan dan pada masa yang sama nak kena buat latihan untuk saya itu adalah cabaran dan dugaan untuk saya dalam pertandingan ini.
"Alhamdulillah saya dah dapat semangat saya, itu pun saya dapat dari keluarga. Jadi saya berterima kasih juga untuk keluarga saya kerana tolong tengokkan ayah saya.
"Saya memang nampak ayah saya memang tak nak duduk diam nak cepat pulih, agak sedih bila tiba-tiba tengok ayah terbaring sahaja di atas katil tak boleh nak buat apa-apa.
"Saya harap semangat ayah boleh jadikan contoh juga kepada saya untuk pertandingan ini," tambahnya.
*Artikel disiarkan di Gempak