Ayda Jebat bakal timang anak lelaki

Gempak
September 23, 2023 10:09 MYT
Ayda (kanan) dan suaminya, Nabil Mahir (kiri) turut mengetahui jantina bayi kedua mereka juga pada hari ini. -Gempak
PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat yang kini hamil anak kedua mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
Menariknya, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir turut mengetahui jantina bayi kedua mereka juga pada hari ini.
Selain pengumuman jantina anak, Ayda turut mengambil kesempatan meraikan hari lahir ke-2 anak sulungnya, Ana Nayla pada majlis sama.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran Ana pada 21 September 2021. -Gempak
#Ayda Jebat #Nabil Mahir #jantina bayi kedua #cahaya mata lelaki