"Ayah, tenanglah di sana" - Luahan rasa anak Nassier Wahab undang sebak

Astro Awani
Disember 5, 2019 20:42 MYT
Tinggal kenangan... Intan Najihah bersama ayah tercinta, Allahyarham Nassier Wahab pada majlis konvokesyennya tidak lama dahulu. - Gambar Instagram INTAN NAJIHAH
KEHILANGAN ayah tercinta ke rahmahtullah adalah berita yang paling sukar untuk diterima bagi seorang anak.
Apa lagi bagi seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga, ayah adalah lelaki pertama yang mencintai dan dicintainya.
Kerana itu, luahan kesedihan Intan Najihah iaitu anak kepada penghibur ternama, Datuk Nassier Wahab di laman Twitternya mengundang sebak yang bukan sedikit dalam kalangan netizen.
Pemergian Nassier pada usia 57 tahun pada tengah malam Khamis meninggalkan kesan yang mendalam buat Intan Najihah, 22.
Entri gadis manis itu sangat jelas menggambarkan betapa Allahyarham bapanya sudah begitu lama menanggung derita kesakitan.
"Ayah, tenang la di sana... rehat la selama lamanya... cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ini. Suatu masa nanti kita akan bertemu lagi... ijah sayang ayah," tulis Intan Najihah tidak berapa lama selepas ayahnya menghembuskan nafas terakhir.

ayah, tenang la disana.... rehat la selama lamanya..... cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ni suatu masa nanti kita akan bertemu lagi jiah sayang ayah https://t.co/8nsETbHRim

— Intan Najihah (@intanajihah) December 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Allahyarham Nassier, anak seni kelahiran Pulau Pinang itu meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya pada Khamis.
Selain Intan Najihah, Allahyarham juga meninggalkan isteri Datin Fatimah Abd Rauf.
Pemergian penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta dan Undangan Rindu itu turut diratapi sebilangan besar sahabat karib Allahyarham
Kesedihan jelas tergambar di wajah rakan-rakan seangkatan Allahyarham ketika hadir memberikan penghormatan terakhir di Masjid Sirajuddin Al- Anuar, Kampung Batu Belah, Klang Selangor.
Rata-rata yang diwawancara Astro AWANI meluahkan rasa sedih dengan pemergian sahabat yang disifatkan mereka sebagai seorang yang berperibadi mulia.
Antara mereka ialah Datuk Nash (Lefthanded), Azlina Aziz, Ramlah Ram dan Salimah Mahmood.
Sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sirajuddin Al- Anuar untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
BACA: Jaga solat, baca Al-Quran petua awet muda Nassier Wahab
BACA: Surah Yusuf rahsia awet muda Nassier Wahab
#anak Nassier Wahab #Intan Najihah #meninggal dunia #Nassier Wahab #penyanyi
;