Awie selesa digelar pelakon komedi
Astro Awani
Januari 27, 2013 10:15 MYT
Januari 27, 2013 10:15 MYT
Selepas "Hantu Kak Limah Balik Rumah" Awie muncul dalam "Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit".
Masih aktif bernyanyi Awie akui selesa digelar pelakon komedi.
Memegang peranan sebagai Husin, Awie lega lakonannya dalam filem komedi diterima peminat.
Diarahkan Mamat Khalid "Husin, Mon dan Jin Paki Toncit" mengekalkan pelakon dari filem pertama.
Antaranya Usop Wilcha, Man Kadir dan Allahyarham Zami Ismail.
Turut ditampilkan ialah Rashidi Ishak sebagai Dr. Samsudin.
Filem ini mengisahkan Husin kembali ke Kampung Pisang namun kepulangannya diganggu oleh kuasa jahat.
"Husin, Mon dan Jin Paki Toncit" dijadual tayangan pada 7 Februari ini.