Awie berdoa diberi peluang bertemu anak-anak

Gempak
Disember 11, 2018 08:10 MYT
Awie berkata beliau tidak tahu mengapa mahkamah menangguhkan kes terhadap hak penjagaan ke atas anak-anaknya. Foto Facebook Awie Al Pamalo
PENYANYI rock popular, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie berharap agar dapat bertemu anak-anaknya selalu dan hubungan antara dua beranak itu terus berpanjangan.
Itu luahan vokalis kumpulan rock tersohor negara, Wings yang mengakui masih belum berkesempatan berjumpa dengan anak-anaknya.
“Saya berdoa hari-hari biarlah saya menjaga anak sebab saya seorang bapa yang bekerja yang bertanggungjawab pada anak-anak berbanding yang tak bekerja,” katanya kepada program HLive.
Ujarnya, beliau lebih gembira jika anak-anak membesar di depan matanya agar mudah mendidik mereka.
“Anak-anak ini lebih takut dengan sentuhan bapa. Sentuhan mak kadang-kadang bagi muka,” katanya.
Awie memberitahu beliau tidak tahu mengapa mahkamah menangguhkan kes terhadap hak penjagaan ke atas anak-anaknya.
“Belum dapat bertemu dengan anak-anak. Saya pun tak mahu mendesak sangat sebab kalau saya nak melihat anak saya kena meihat mereka selalu.
“Kalau saya pergi melukakan hati saya, ‘down’ kan saya, saya lagi teruk. Lebih baik saya cekalkan dulu semangat dan saya mohon pada Allah agar berpanjangan anak-anak bersama saya,” katanya.
#Ahmad Azhar Othman #anak #Awie #Facebook #hak penjagaan #mahkamah #Wings
;