Atta Halilintar umum Aurel hamil anak kedua

Astro Awani
Mei 7, 2023 23:00 MYT
Atta Halilintar bersama isterinya, Aurel Hermansyah dan anak sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta. Pasangan berkenaan bakal timang cahaya mata kedua mereka menjelang Oktober ini. - Gambar Instagram Atta Halilintar
JAKARTA: Pasangan selebriti tersohor Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Atta dan Aurel yang melangsungkan pernikahan pada 3 April 2021 itu mengumumkan berita gembira itu di akaun media sosial masing-masing pada Ahad.
Menurut Atta, usia kandungan isterinya sudah mencecah usia empat bulan.
“Merinding... Ameena Punya Ade!!!! Alhamdulillah ya Allahhh. Dari berdua jadi bertiga, dan sekarang akan jadi berempat,” kata Atta dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya pada Ahad.
Aurel merupakan anak sulung penyanyi dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti hasil perkahwinan petama dengan Anang Hermansyah, sementara Atta pula seorang YouTuber dan usahawan berjaya di negara itu.
Pasangan berkenaan dikurniakan anak pertama iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang lahir pada 22 Februari 2022.
Sebelum itu, Aurel juga dilaporkan pernah keguguran.
#Atta Halilintar #Aurel Hermansyah #KRIS DAYANTI #Aurel hamil anak kedua