Atilia optimis perkembangan industri muzik (Video)

Astro Awani
Januari 1, 2013 02:00 MYT
Atilia optimis tahun baru ini member masa depan lebih baik buat penggiat seni.
Penyanyi dan penulis lagu ini yakin 2013 bakal menjanjikan perkembangan yang lebih baik bagi industri muzik Malaysia.
Penyanyi berusia 38 tahun ini positif dengan industry muzik Malaysia di sepanjang 2012.
“Saya rasa muzik Malaysia 2012 memang berkembang dan banyak dan sekarang orang lebih peka dan tahu gig kat mana dan 2013 lebih bagus.”
Dia kini sedang sibuk mengumpul material untuk album ketiganya dan juga menulis lagu untuk pasaran Indonesia tahun ini.
Atilia juga turut berkata album barunya akan dilancarkan pertengahan tahun depan.
Sementara itu, Atilia menyifatkan pengaruh muzik K-Pop hanyalah bersifat sementara.
“Seperti mana pengaruh muzik lain sebelum ini, K-Pop juga dijangka bertukar musim. Saya rasa itu sekejap sahaja dan itu saya anggap sebagai trend.”
“Dulu kita mendengar lagu La Bamba dan Macarena dan saya rasa sekarang ini lagu Gangnam sekarang ini saya rasa nak menari.”
#album baru #Atilia
;