Astro siar lebih 190 program khas rai bulan kemerdekaan

Astro Awani
Ogos 27, 2013 13:19 MYT
Para pelanggan boleh menonton lebih 190 program yang dibawakan secara istimewa oleh Astro sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56.
Daripada jumlah itu, 60 program adalah yang pertama kali disiarkan seperti ‘Inspirasi Negaraku dan U Wartawan: Tanah Tumpah Darahku, Di Sebalik Kegemilangan dan Merdeka Tournament, My New Village Stories (Sr3) dan AIM Awards, Kaalathaal Marakkapatta dan Paathodu Settai
Sempena sambutan kemerdekaan, Kempen Negaraku The Best Of 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Astro ini bakal berlangsung bermula 15 Ogos hingga 16 September 2013 bagi meraikan kepelbagaian yang wujud di Malaysia dan mampu dinikmati oleh para pelanggan menerusi satelit DTH, IPTV dan Astro On-The-Go.
Antara program yang akan ditayangkan adalah seperti Tastemakers yang memaparkan kejayaan rakyat Malaysia yang diinspirasikan oleh Yuna, Sereni dan Shentel, Joel Neoh dan Ifzan Ibrahim di LI HD (Saluran 728).
Ride & Seek; sebuah dokumenteri berkenaan perkara yang menarik dan yang paling jarang dilakukan di setiap negeri di Malaysia manakala para penonton yang meminati program bersejarah boleh menonton dokumentari yang menyoroti pembangunan dan pencapaian Malaysia selama 50 tahun sejak tahun 1963 berjudul, Malaysia: Through the Decades di NGC (Saluran 553) dan Lost Over France: Malaya’s Unsung Hero di History dan History HD (Saluran 555 dan 575), kisah tentang sebuah keluarga yang menentang British sewaktu Perang Dunia ke-2 dan juga kisah pesawat perang - The Hawker Typhoon.
TLC (Saluran 707) pula bakal menayangkan Passage to Malaysia bersama-sama Denise Keller yang menikmati percutian paling mewah di Malaysia untuk melihat sendiri hasil kesenian dan kraftangan, budaya, makanan dan lokasi yang menarik.
Manakala Wildlife Defenders di Discovery dan Discovery HD (Saluran 551 and 571) akan membawa para penonton untuk menyaksikan sendiri tugas sebagai renjer hidupan liar dan mendengar sendiri kisah tragedi dan kejayaan menumpaskan aktiviti penyeludupan haiwan.
Para pelanggan juga masih berpeluang untuk menyaksikan program-program ulangan terbaik seperti Konsert Kenangan Sudirman di Astro Prima (Saluran 105), My New Village Season 3 di Astro AEC (Saluran 301) yang menayangkan pembangunan dan perubahan di New Villages Stories (Sr3) dan saksikan Dato’ Rahim Razali di Astro Arena (Saluran 801) dalam Di Sebalik Kegemilangan, mengulas legasi terhebat sukan Malaysia dan kejayaan wira-wira sukan yang pernah memartabatkan sukan negara.
Pada Merdeka kali ini, kami membawakan perlawanan Pestabola Merdeka, SECARA LANGSUNG di Astro Arena. Pestabola Merdeka merupakan kejohanan bola sepak paling lama pernah dianjurkan di negara dan akan bermula pada 7 September 2013, selepas empat tahun berehat.
Rakyat Malaysia yang akan melancong atau sedang menetap di luar negara masih boleh merasai kemeriahan pesta Hari Kemerdekaan dengan Astro On–The-Go menerusi Astro Awani dan Astro Arena. Para penonton boleh melayari www.astro.com.my/negaraku untuk melihat jadual program istimewa ‘NEGARAKU, THE BEST OF 1MALAYSIA’ bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2013.
#Hari Merdeka #program Astro
;