Astro Radio perkenal penyampai radio baharu untuk segmen pagi HITZ, LITE dan MIX

Astro Awani
Ogos 5, 2024 04:24 MYT
Astro Radio tampil mengumumkan barisan penyampai radio baharu untuk stesen radio bahasa Inggeris iaitu HITZ, LITE dan MIX.
KUALA LUMPUR: Astro Radio tampil mengumumkan barisan penyampai radio baharu untuk stesen radio bahasa Inggeris iaitu HITZ, LITE dan MIX.
Kesemua penyampai tersebut memiliki gabungan personaliti yang hebat untuk pengalaman radio yang cukup mengasyikkan untuk segmen pagi bagi setiap radio tersebut.
Untuk segmen pagi HITZ lebih dikenali HITZ Morning Crew menampilkan Anne, Arnold dan Prem.
HITZ boleh didengari di frekuensi 92.9 FM sentiasa menyediakan muzik, hiburan, dan perbincangan menarik yang pasti menceriakan hari anda .
Sementara itu, bagi MIX pula dikenali MIX Breakfast Show dikendalikan oleh duo yang cukup serasi dan optimis Aishah dan RD.
Rancangan pagi MIX menawarkan bual bicara yang menarik dan menghiburkan serta memberi kesegaran yang unik buat pendengar.
Manakala untuk stesen radio LITE segmen paginya ialah LITE Breakfast Show: Bersama Terry dan Sharifah Aleya yang tidak asing lagi dalam selok belok dunia radio.
Ini kerana, kedua- dua personaliti ini amat arif dalam dunia penyiaran radio, dan menjanjikan topik-topik menarik untuk didengari dan bersahaja.
Pengarah Astro Radio, Priya Prabakaran berkata, beliau yakin rancangan sarapan pagi bahasa Inggeris di bawah kendaliannya tetap teguh dan berbakat.
“Mereka adalah suara yang dipercayai oleh orang ramai kerana sentiasa menyampaikan kandungan terbaik untuk pendengar Malaysia setiap hari.
“ Ia antara Dan sebabnya kami dengan bangganya memegang kedudukan teratas sebagai rangkaian radio No 1 di Malaysia,” katanya.
Astro Radio terus komited untuk menyampaikan kandungan yang berkualiti tinggi dan menghiburkan untuk semua.
Rancangan sarapan pagi yang diperbaharui ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk berinovasi dan menyediakan pengalaman radio terbaik.
Ikuti HITZ, MIX, dan LITE di platform rasmi media sosial untuk cerita terkini dan kandungan eksklusif.
#Astro Radio #HITZ #hitz Morning Crew #MIX Breakfast Show