Astro Radio-Etika: OR1 FM dengan WONDA Kopi Tarik cipta sejarah
Israr Khalid
Disember 12, 2023 16:47 MYT
Disember 12, 2023 16:47 MYT
SEMPENA Hari Kebangsaan tahun ini, sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya, 17 stesen radio dalam empat bahasa - Melayu, Inggeris, Cina, Tamil - disatukan di bawah OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, Rasa Original Malaysia, dibawakan oleh Astro Radio dan Etika.
Ia menjadi Stesen Radio Terbanyak Yang Menyiarkan Kandungan Sama Secara Serentak yang diiktiraf oleh Malaysian Book of Records.
Pendengar disajikan dengan pengalaman radio Malaysia paling asli yang ke udara juga di aplikasi SYOK bermula 6 pagi 30 Ogos hingga 12 tengah malam 31 Ogos 2023, menampilkan lebih 60 penyampai yang mengenakan pakaian tradisi pelbagai bangsa di Malaysia.
Hanya di OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, pendengar juga dapat menikmati senarai lagu-lagu Malaysia pilihan rakyat Malaysia sendiri yang disusun khas, di samping mengikuti perbincangan pelbagai bahasa yang menampilkan keaslian dan keunikan Malaysia.
Selain dapat mengikuti perkembangan dari masa ke masa OR1 FM dengan Wonda Original Kopi Tarik dengan foto dan video di semua jenama radio Astro, para pendengar turut berpeluang menyertai peraduan di aplikasi SYOK yang menawarkan hadiah wang tunai RM30,000!
Bagaimana untuk menang? Mudah sahaja:
- Muat turun dan lancarkan aplikasi SYOK atau layari bm.syok.my,
- Peserta perlu mendaftar atau log masuk,
- Klik pada tab ‘Video’, sertai peraduan dan jawab soalan dengan betul.
Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, tiada yang lebih mencerminkan keaslian Malaysia daripada warisan pelbagai bangsa dengan kerencaman budayanya.
“Ia menjadi sebab bersempena sambutan Hari Kebangsaan ini, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Radio untuk membawakan kepada anda OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, program yang pertama seumpamanya.
“Sepertimana kopi tarik asli yang dicintai rakyat Malaysia tak kira apa pun bangsanya, ini cara kami untuk mengucapkan terima kasih kerana menjadikan kami Kopi Tarik dalam tin yang paling disukai di negara ini.”
Muzik merentas segala warna kulit dan bahasa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio dan Pengarah Astro Media Solutions, Kenny Ong, mencerminkan betapa kayanya kepelbagaian yang ada di Malaysia.
Jelasnya, menerusi kerjasama strategik Astro Radio-Etika, pendengar radio Malaysia bersatu di Hari Kebangsaan ini di OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, berkongsi perbualan dan muzik dengan cara yang unik.
“Ini adalah kali pertama, kami mencuba sesuatu yang sangat menonjol dan baharu dalam industri ini.
Kami menerima banyak respons positif daripada semua pemegang taruh atas adunan unik ini yang sudah pasti menggamit pengalaman yang tak dapat dilupakan untuk 16.3 juta pendengar mingguan kami tentang makna menjadi warga Malaysia yang sebenar-benarnya.”
Untuk maklumat lanjut, ikuti semua akaun media sosial Astro Radio.